Jigging

Jigging

Ada banyak istilah yang dikaitkan dengan kaedah memancing secara jigging:

• Speed Jigging

• Japanese Jigging

• Deep Jigging

• Butterfly Jigging

• Extreme Jigging

• Vertical Jigging

• "Working the Iron"

Itu cuma beberapa istilah popular yang dikaitkan dengan kaedah memancing menggunakan gewang besi yang dicetuskan oleh [emancing-pemancing Jepun yang kini semakin menular ke seluruh Asia, Oceania, Eropah dan Amerika.

Populariti kaedah jigging ini menyebabkan kita lupa bahawa kaedah jigging ini merupakan antara kaedah memancing menggunakan gewang yang paling lama yang dimulakan sejak beratus-ratus tahun dulu oleh orang-orang Polynesia dan Eropah. Kesimpulannnya, kaedah yang diperbaharui semula ini tentulah terjamin keberkesanannya berdasarkan sejarahnya yang begitu lama.

Pada awal 1990an, Yoichi Mogi dari Jepun memperbaharui teknik jigging. Beliaulah yang menjadi pencetus kepada terciptanya pelbagai barangan yang dikaitkan dengan jigging di Jepun sama ada kekili jigging, joran dan jig-jig besi yang berkesan.

Secara tradisi, ikan besar lazimnya dipancing menggunakan kekili yang besar, rod seperti batang penyapu dan peralatan lain yang memang besar-besar semuanya. Cabaran menggunakan peralatan berat untuk menaikkan ikan yang besar ini menyebabkan keseronokan memancing agak terbatas terutamanya untuk pemancing-pemancing bertubuh kecil seperti orang Asia.

Tetapi para pembuat jenama pancing dari Jepun telah memperkenalkan peralatan baru yang ringan tapi berkuasa. Hasilnya, kekili yang kecil tetapi berkuasa tinggi dan joran yang ringan tetapi tidak mudah patah telah dicipta. Kombinasi peralatan ini telah memberikan kepuasan maksimum untuk para pemancing menentang mangsa-mangsa gergasi dan membolehkan mereka melakukan pelbagai kaedah memancing yang biasanya hanya boleh dilakukan oleh peralatan-perlatan yang berat sahaja.

Kaedah Jigging Yang Berkesan

Kejayaan sesuatu trip jigging bergantung kepada kebolehan seseorang tekong untuk parking bot mereka betul-betul di atas atau di kawasan yang ada ikan. Selalunya, mencari ikan melalui sounder bukanlah sesuatu yang sukar tetapi kebolehan seseorang tekong untuk membolehkan kepingan-kepingan besi yang dijatuhkan oleh para pemancing betul-betul jatuh di kawawan ikan bermain, bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh sebab itulah, kadang-kala sesetengah tekong menggunakan kaedah berhanyut untuk membolehkan jig yang dibuang lebih berpeluang untuk jatuh di kawasan yang betul-betul ada ikan.

Kelebihan utama kaedah jigging secara menegak ialah anda menjatuhkan jig betul-betul di kawasan ikan bermain. Dengan mengetahui kedalam kawasan terumbu yang disasarkan, kita boleh menjatuhkan jig di kawasan ikan bermain menggunakan tali sulam yang berwarna-warni. Tali yang dikenali sebagai tali sulam atau tali PE (Poly Ethylene). Memainkan jig di kawasan yang betul adalah lebih berkesan daripada jigging secara membuta-tuli.

Ikan pemangsa seperti aji-aji selalunya bermain di kawasan batu karang yang berstruktur. Carilah ikan di sebelah kawasan 'up-current' yang berstruktur dan berbatu karang. Kemahiran tekong akan menentukan bagaimana arus pada ketika itu akan membolehkan jig yang dijatuhkan itu akan jatuh betul-betul di kawasan ikan bermain dan bukan sebaliknya. Tanpa kemahiran ini, wawlaupun di sounder kelihatan begitu banyak ikan, kemungkinan jig kita tidak akan dipedulikan mungkin akan berlaku kerana jig yang dijatuhkan itu tersasar di bawa arus.

Ikan akan menyerang jig kita mereka kelaparan atau ketika mereka terlihat ikan-ikan umpan yang tercedera yang cuba melarikan diri daripada pemangsa. Selalunya jig para pemancing akan terus diserang jika dipersembahkan dengan carar yang betul . Persembahan jig boleh dilakukan dengan menggunakan kekili dan joran yang sesuai. Pemancing Jepun memperkenalkan kaedah jigging yang dinamakan “mechanical jigging” or “fast pitch, short jerk” atau karauan laju dengan henjutan pendek untuk menggayakan jig yang mereka ciptakan.

Menggunakan kaedah ini lebih berkesan daripada “speed jigging” atau karauan laju semata-mata.

Jigging Reels

Sesetengah pemancing lebih gemar menggunakan kekili menegak (multiplier or conventional) daripada kekili mendatar (spinning reels) yang biasa digunakan untuk jigging. Untuk kekili menegak, disarankan sepaya menggunakan kekili yang mempunyai gelendung yang sempit supaya tidak menimbulkan sebarang masalah untuk menyusun tali ketika jigging.

Kekili yang dicadangkan:

Shimano – Ocea Jigger,



Shimano Trinidad,

Shimano Torium



Daiwa – Saltiga


Daiwa- Saltist


Accurate - Boss

Kekili mendatar yang disyorkan:

Shimano – Stella

Ada banyak lagi kekili yang boleh digunakan yang lebih murah dan lebih sesuai dengan bajet masing-masing. Kekili yang dicadangkan hanyalah sebagai panduan bagi mereka yang mampu. Untuk jigging, tidak semestinya kekili mahal sahaja yang boleh digunakan tetapi apa sahaja kekili yang ada boleh digunakan asalkan mempunya kelajuan yang sesuai dan disesuaikan pula dengan ikan yang disasarkan sama ada bersaiz mega atau sekadar light jigging sahaja.

Banyak kekeliruan dan salah faham bahawa lebih tinggi ratio sesutu kekili lebih baik untuk jigging. Kenyataan ini ada benarnya jika anda menggunakan jig yang ringan seperti 40-80g sahaja untuk light jigging. Jika anda menggunakan jig yang berat antara 300-500g, kekli yang mempunyai ratio setinggi 6:1 pastinya akan mendera kudrat anda. Kebanyakan kekili yang sesuai untuk jigging terutamanya mid dan heavy jigging biasanya beratio antara 4:1 hingga 5:1 sahaja. Ratio yang rendah akan memberikan lebih kuasa menarik beban jika dibanding dengan kekili yang beratio lebih tinggi.

Kekili yang mempunyai sistem drag yang baik adalah satu kemestian, pertamanya untuk menghentikan larian ikan dan keduanya untuk menarik ikan naik. Ikan seperti aji-aji dan kertang tinggal di kawasan berkarang dan mereka selalunya akan lari ke tempat persembunyiannya. Apabila terkena mangsa sebegini, anda mesti menghentikan lariannya. Ikan pelagik seperti GT juga memerlukan drah yang baik untuk menhentikan lariannya terutamnya jika anda jigging di kawasan pekantar minyak atau di kawasan kapal karam. Daripada kedua-dua senario, sistem drag yang teruk akan menghasilkan keputusan yang sama teruknya!

Joran Jigging

Dalam semua kaedah memancing, tentunya sebatang joran tidak boleh melakukan kerja untuk semua jenis kaedah. Rod jigging yang baik mestilah ringan, mempunyai aksi parabolic dan mempunyai kuasa mengangkat. Rod parabolic mempunyai kesesuaian untuk jigging mengikut kaedah pemancing Jepun, boleh menaikkan ikan dengan lebih baik dan memerlukan penggunaan tali sulam.

Bergantung kepada kepada kaedah jigging yang dipraktikkan dan jenis kekili yang digunakan, panjang joran jig juga berbeza-beza. Kekili menegak lebih sesuai digunakan dengan joran yang lebih pendek, 5 kaki umpamanya. Kekili mendatar pula lebih sesuai menggunakan joran yang lebih panjang tetapi tidak lebih daripada 7 kaki. Joran yang lebih panjang lebih sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak sebelum menukar kepada joran yang lebih spesifik. Berikut adalah garis panduan secara umum -

Joran yang dicadangkan -

Jigging Master

Daiwa Saltiga

Shimano

Carpenter

Smiths

Lamiglas Tropic Pro

Sevenseas

Fisherman

CB One

Seed

Calstar

Xzoga

Thomas Stroker - buatan Malaysia beb!

Jenama di atas hanyalah cpntoh yang dicadangkan sahaja berdasarkan kemampuan anda. Semua joran boleh digunakan tetapi yang penting mestilah ingan dan tahan lasak. Ringan supaya tidak mendera anda dan lasak untuk memastikan ikan yang menyerang jig anda tidak akan terlepas. Tapi, memang sukar untuk mencari joran yang ringan tetapi lasak dan berharga murah.



Sambungan....


Jenis-jenis Jig

Tali sulam

Assist hook

Aksesories


Diterjemahkan dan diubahsuaikan drp: http://www.jigsdirect.com/eMerchantPro/pc/jiggingfordummies.asp


3 comments:

  1. Pioneer Altitude BG or Altitude prestige ok....murah...tahan lasak...power..

    ReplyDelete
  2. Tengkiyu untuk penerangannya walaupun macam dah lambat sangat ucapan tengkiyu tu (sebab baru terbaca artikel ni).

    Teruskan usaha sampaikan info. Ada tipa tak untuk elakkan cukai sewaktu mengejig di kawasan terumbu karang.

    ReplyDelete