Ikatan FG @ FG Knot

Ikatan FG @ FG Knot

Untuk kaki popping, jigging dan sesiapa sahaja yang menggunakan tali sulam (braided lines),

Penggunaan tali sulam dari pelbagai jenama seperti Varivas, Power Pro, Berkely Whiplash semakin popular pada hari ini dengan pengenalan teknik jigging yang menggunakan kekili kecil dan laju seperti Shimano Ocea Jigger 4000P, Daiwa Saltiga, Shimano Stella, Accurate 665, Avet MX/LX tetapi mempunyai kekuatan yang luar biasa. Teknik jigging terutamanya di laut dalam sehingga 150m tentunya memenatkan sekiranya menggunakan kekili yang besar untuk memuatkan tali mono. Tetapi, kekurangan tali sulam ialah kurangnya daya regang yang boleh menyebabkan tali tersebut putus sekiranya direntap secara tiba-tiba. Dalam kes ini, teknik jigging dan popping selalunya berhadapan dengan masalah ini walau pun kadang-kadang teknik pancingan dasar juga berhadapan dengan masalah sama apabila drag dikunci ketat untuk mengelakkan mangsa membawa tali keluar ke batu karang. Untuk mengelakkan berlakunya kejadian ini, beberapa jenis ikatan telah diperkenalkan oleh pemancing Jepun untuk menyelesaikan masalah tersebut dan pada masa yang sama ikatan tersebut juga tidak menghalang tali keluar atau tersangkut di cincin semasa dilontar.

Tali mono yang berkekuatan 60 - 150lbs disambung pada tali sulam untuk menyelesaikan masalah ini yang bertindak sebagai perambut kejutan atau shock leader.

No comments:

Post a Comment