Siakap 3 rasa



















Bahan-Bahan:
Ikan Siakap Lada Merah Hidup Bawang Putih Bawang Merah Nenas Serai Sos Ikan Sos Tiram Garam Gula Serbuk Kunyit Kicap Soya Daun Ketumbar Lada Lumat Tepung Jagung
1 kg 8 biji dicincang halus Satu biji dicincang halus 4 biji dicincang halus 2 keratan melintang dipotong dadu 3 ½ batang dititik (saiz sederhana) Secukup rasa Secukup rasa Secukup rasa Secukup rasa Untuk salutan ikan Secukup rasa Sebagai hiasan Secukup rasa 1 sudu besar

Cara:
Ikan

1. Gaulkan garam, serbuk kunyit dan lada lumat sebati kemudian lumurkan kepada ikan secara rata.

2. Goreng ikan yang di sapu tadi (deep fried) sehingga garing. Pastikan api sederhana. Kemudian sediakan di dalam pinggan kaca. Bagi peresapan suhu yg sekata. Aroma ikan akan terserlah. Kuah

3. Pastikan kuali panas setelah dimasukkan 6 sudu minyak. Masukkan bawang putih yg dicincang.Goreng bawang putih sehingga separuh kekuningan kemudian masukkan bawang merah.

4. Setelah aroma bawang telah timbul masukkan lada merah goreng seketika dan selepas itu masukkan nenas tadi.

5.Masukkan 2 cawan air dan tunggu sehingga menggelegak.

6. Bila telah menggelegak masukkan semua bahan yg masih belum dimasukkan lagi tadi satu persatu.

7. Bancuh tepung jagung dengan air masak (pastikan air tidak panas untuk mengelakkan tapung jagung menjadi berketul-ketul) dan masukkan di dalam kuah tadi. 8. Kacau semua bahan hingga sebati sehingga masak.



Cadangan Hidangan:
Sirami ikan siakap dengan kuah yang di masak. Campakkan daun ketumbar mengikut keseniaan masing-masing.

No comments:

Post a Comment