BAGI kaki pancing, apabila keluar memancing, tong air batu atau tempat Menyimpan ikan ibarat satu kewajiban. Jika tidak, ikan yang dikail cepat busuk. Ada beberapa tips untuk mengekalkan kesegaran ikan.
Menggunakan uncang jaring. Uncang biasa digunakan jika memancing di kawasan berhampiran rumah. Ikan yang dikail dimasukkan ke dalam uncang jaring dan direndam semula ke dalam air bagi membiarkan ikan itu terus hidup. Bagaimanapun saiz ikan terhad kepada yang kecil (kurang lima kilogram). Ikan bersaiz besar tidak sesuai dimasukkan ke dalam uncang jaring kerana jika meronta, jaring koyak dan ikan terlepas.
Paling biasa digunakan ialah kotak air batu. Ia paling banyak digunakan terutama jika memancing di laut untuk dua atau tiga hari. Ikan yang dikail terus dimasukkan ke dalam tong air batu supaya sentiasa segar walaupun sudah mati. Ada banyak saiz dan kualiti kotak menyimpan ikan yang diperbuat daripada gentian kaca atau plastik. Jadi berhati-hatilah jika membelinya. Biar alah membeli, menang memakai.
Banyak diamalkan oleh pemancing yang pergi ke hutan lebih empat hari. Untuk membawa tong ikan adalah tidak praktikal kerana sukar mengangkutnya. Oleh itu, ikan yang dipancing perlu disiang termasuk membuang perut dan insang sekali. Sebaik-baiknya ikan yang disiang dielak daripada terkena air. Ikan yang sudah disiang ditabur sedikit garam sebelum disimpan di dalam bekas simpanan, biasanya tin biskut. Selain itu, ada pemancing memasukkan surat khabar di dalam perut ikan yang disiang bagi mengelakkan ia menjadi busuk.
Membunuh segera ikan yang diperolehi. Cara ini banyak diamalkan terutama Amerika Syarikat, Kanada dan sebahagian Eropah. Caranya ialah membunuh ikan secara mengejut menggunakan besi tajam. Ikan itu dibunuh dengan menghentak besi tajam di bahagain kepala iaitu antara mata ikan berkenaan (di mana terletaknya otak). Dengan sekali hentakkan, besi tajam tadi akan menembusi tengkorak dan mencederakan ikan. Rasional cara ini ialah ikan yang mati secara perlahan akan mengeluarkan sejenis hormon dari otak. Hormon ini bertindak sebagai perangsang untuk mempercepat proses pereputan protein. Jadi, jika ikan mati secara mendadak, otak ikan tidak sempat merangsang pengeluaran hormon berkenaan. Bagaimanapun, cara ini hanya digunakan ke atas ikan yang besar sahaja.
Betul ke Islam yang kau anut?
-
Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH
BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o
Sekarang abam nak bagi anti ...
Tiga Permintaan Isteri
-
Seri adalah gadis desa yang anggun dan berwajah sedikit cantik dan sedikit
manis, tapi dia seorang yang teramat pintar.
Sedangkan suaminya adalah seorang y...
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh
-
Sebenarnya ada banyak sekali *cara menghilangkan kutu rambut *yang bisa
Anda coba terapkan. Baik itu cara alami ataupun menggunakan obat-obatan.
Tapi sebe...
Catatan 16 September 2015
-
SELAMAT hari ulang tahun Malaysia kesayangan.
Hari depan Malaysia adalah hari depan anak-anak kami.
Hari depan anak-anak kami adalah hari-hari kami tidur...
Journey to the Heaven Earth
-
Pada hari ahad lepas 24 april 2011,ambe, wanx, sekila,altima dan anak buah
sedang makan di sebuah retoran dekat Puchong. kami ditemani oleh rynn007.
Kami b...
Gambar NCC
-
Nie beberapa gambar sepanjang duk set up kat jb ari tu....
gambar yg atas nie Chief kami...CikPuan MIZA...
tapi dlm gambar nie ashraf lah yg semyum paling ...
No comments:
Post a Comment