Ikan Pari

Ikan Pari atau nama saintifiknya Dasyatis uarnak adalah sejenis ikan yang sedap dimakan dan terdapat diseluruh dunia.

Ikan Pari adalah bersaudara dengan ikan jerung. Tetapi tidak seperti ikan jerung, yang merupakan pemangsa yang menggerunkan dengan rahang yang berkuasa, ikan pari jarang sekali menugut manusia dan mulutnya yang kecil bukanlah ancaman sama sekali.

Berhampiran pangkal ekor ikan pari terdapat taji sekitar 8-inch yang diselitupi dengan bahan yang sama yang membentuk sisik yu, yang dikenali sebagai dermis dentikle (dermal denticles). Hujung ini, yang menjadi keras dan tegang apabila ikan pari merasa terancam, berbentuk seperti pisau daging bergerigi dan memiliki bisa yang mengancam pemangsa.

Sebahagian besar racun itu sendiri adalah toksin berasaskan protein yang menyebabkan kesakitan pada mamalia dan boleh juga mengubah kadar degupan jantung dan pernafasan, mengikut pada Makmal Mote Marine.

Ikan pari jarang menyerang manusia, bagaimanapun sekiranya ia dipijak, ikan pari akan menggunakan tajinya sebagai satu bentuk mempertahankan diri," mengikut Nancy Passarelli dan Andrew Piercy bagi Florida Muzium Sejarah Semulajadi. "Walaupun ditikam oleh ekor ikan pari amat menyakitkan, ia adalah jarang menjadi ancaman kepada nyawa manusia."

Terdapat kira-kira 200 spesies ikan pari. Ia terdapat di kedua-duanya air tawar dan di lautan. Kebanyakannya tidak mempunyai keupayaan untuk menyengat.
------------------------------------------------ Ikan pari Lang kan Pari Lang atau Ikan Pari Helang (bahasa Inggeris: Eagle ray) ialah sekumpulan ikan yang tergolong dalam famili Myliobatidae, sebuah famili yang terdiri sebahagian besarnya daripada ikan pari yang hidup di lautan-lautan lepas dan bukannya di dasar laut. Ikan ini pandai berenang dan berupaya melompat beberapa meter di atas permukaan air. Ikan Pari Lang makan siput, kupang, dan krustasia. Ia menghancurkan kulit-kulit haiwan tersebut dengan giginya yang amat keras.



Ikan Pari Harimau (bahasa Inggeris: Blue Spotted Ribbontail Ray)
ialah satu spesies ikan rawan laut yang tergolong dalam famili ikan pari. Ikan ini terdapat di kawasan-kawasan dari Afrika Timur sehingga Pasifik Barat, dan sering dilihat berehat di Terumbu Sawar Besar di dasar gua berpasir atau di bawah belebas. Nama botaninya Taeniura lymma.

Ikan Pari Harimau ialah salah satu haiwan laut yang paling luar biasa. Ikan ini mempunyai dua plat di dalam mulutnya yang digunakan untuk menghancurkan kulit ketam, udang, dan moluska. Ikan ini boleh hidup bersama-sama dengan ikan-ikan lain, baik ikan yang sama jenis, mahupun ikan yang lain.

Tubuh Ikan Pari Harimau boleh tumbuh sehingga 25 sentimeter (10 inci), iaitu tidak termasuk ekornya. Ekornya panjang sedikit berbanding dengan tubuhnya, dan mempunyai sebatang spina pada separuh keduanya. Bintik-bintik Ikan Pari Harimau biasanya berwarna biru atau perang muda.



No comments:

Post a Comment