Ikan Puyu ("Anabas testudineus") merupakan spesis ikan air tawar yang paling lasak, Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesis ini, bersisik dan bersirip keras memudahkan spesis ini bergerak diatas tanah yang berair, kerana pada ketika tertentu pada musim hujan kebanyakkanya berhijrah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelarkan spesis yang suka hijrah. Spesis ini juga mampu bertahan tanpa air hingga beberapa jam. Spesis ini hidup secara berkumpulan, dan kerana itu spesis ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba, & pancingan yang keterlaluan ( tanpa mengamalkan kaedah 'tangkap&lepas'bagi yang bersaiz kecil). Terdapat kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesis ini mampu menghalang gangguan makhluk halus. Kerana itu, masyarakat Melayu lama memelihara spesis ini di dalam rumah untuk tujuan itu
Ikan Puyu
Ikan Puyu ("Anabas testudineus") merupakan spesis ikan air tawar yang paling lasak, Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesis ini, bersisik dan bersirip keras memudahkan spesis ini bergerak diatas tanah yang berair, kerana pada ketika tertentu pada musim hujan kebanyakkanya berhijrah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelarkan spesis yang suka hijrah. Spesis ini juga mampu bertahan tanpa air hingga beberapa jam. Spesis ini hidup secara berkumpulan, dan kerana itu spesis ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba, & pancingan yang keterlaluan ( tanpa mengamalkan kaedah 'tangkap&lepas'bagi yang bersaiz kecil). Terdapat kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesis ini mampu menghalang gangguan makhluk halus. Kerana itu, masyarakat Melayu lama memelihara spesis ini di dalam rumah untuk tujuan itu
Ikan Belida

Ikan belida ialah sejenis spesies ikan yang boleh hidup di sungai tenang dan tasik. Ia boleh dijumpai di India, Thailand, Borneo, Malaysia dan Sumatera.Kepentingan utama ikan belida ialah sebagai ikan akuariium.
Ikan belida ini tiada sisik, kalau ada pun sedikit sahaja. Tulangnya banyak dan bercabang dua.
Ikan ketutu

kan Ketutu atau nama saintifiknya Oxyeleotris marmoratus. adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara Asia Tenggara Habitat utamanya adalah di sungai, tasik dan lombong tinggal.
Ikan Bujuk

Ikan Bujuk adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara Asia termasuk di Malaysia. Nama saintifiknya Channa lucius
Ikan Bujuk tergolong dalam spesies kepala ular. Tubuhnya mempunyai bentuk corak badan yang menarik. Ikan Bujuk mendiami kawasan-kawasan berpaya dan kawasan-kawasan yang kandungan Ph airnya rendah, sama seperti ikan Haruan Palas. Diet utamanya adalah rumpair,lumut, anak-anak ikan dan juga udang,katak,cengkerik dan cacing.
Ikan Tapah
Ikan Tapah hidup di sungai dan tasik yang besar, dengan dasar sungai yang berlumpur dan air yang mengalir dengan perlahan. Ikan ini amat lembap dan biasa menyembunyikan diri di dalam lubang-lubang yang terdapat di tebing sungai dan terusan atau mengekalkan diri di dasar sungai untuk mencari makanan.
Ikan Tapah adalah pemangsa yang kuat makan. Makanan untuk ikan dewasa termasuk ikan yang lebih kecil, krustasia dan moluska manakala anak ikan biasanya makan serangga.Oleh itu, ikan ini adalah ikan perosak, khususnya terhadap ikan-ikan lain yang lebih bernilai.
Ikan Tapah membiak pada musim panas sebelum musim hujan. Oleh itu, banyak ikan duri ini boleh ditemukan pada musim panas.
Badan Ikan Tapah panjang dan amat padat. Ikan ini boleh tumbuh sehingga 2.4 meter(8 kaki) panjang. Kepalanya lebar, dengan mulut yang besar dan melekuk. Sudut-sudut mulutnya menjangkau ke belakang matanya. Gigi ikan ini amat tajam dan boleh menggigit manusia Matanya kecil sahaja, dengan tepi di sekelilingnya. Ikan Tapah mempunyai dua pasang duri, dengan sirip dorsal yang kecil dan sirip belakang yang amat panjang.Ikan Patin

Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.
Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.
Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang yang mana telah dikenalpasti sebagai kawasan yang mempunyai sungai yang berupaya mewujudkan ikan patin terbaik dan sedap dimakan. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai tempoyak. Ikan patin mempunyai nilai komersial yang tinggi dan diternak di kolam-kolam dan di sangkar-sangkar. Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah:
- Patin kolam
- Patin Sungai
- patin buah
- Patin Mucung
- Patin Juara.
Ikan Kaloi Sabah
Ikan Kalui Sabah atau Kalui Kinabatangan ( Giant gourami) ialah sejenis ikan hiasan yang mahal. Ia banyak ditemui di Sungai Kinabatangan ,Sabah. Bentuk ikan Kalui Sabah menyerupai ikan Kalui biasa kecuali hujung siripnya berwarna merah. Warna badannya hitam kebiruan dan terdapat bintik-bintik berwarna merah bata. Di bahagian kepalanya terdapat bonggol berwarna biru tua dan berbibir tebal. Ikan jantan mempunyai warna yang lebih menarik. Kebiasaannya ikan jantan akan membuat sarang daripada rumput-rumput kering di tepi kolam yang menyerupai sarang burung pipit berukuran garis pusat 30-40cm. Sekiranya telah terdapat telur melekat, sarang itu boleh diambil dan telurnya ditetaskan di dalam akuarium. Seekor induk betina dapat menghasilkan sehingga 3,000 biji telur.
Ikan Jelawat

Ikan Jelawat atau juga dikenai sebagai Ikan Sultan merupakan ikan pemangsa air tawar. Nama sainsnya adalah Leptobarbus hoevenii.
Boleh membesar sehingga 60 cm, oviparous; maserba; gregarious; biasanya berenang pertengahan sehingga dasar.
Ikan ini suatu masa dahulu menjadi santapan di raja tetapi setelah ikan ini berjaya dibiak dan telah dikomersilkan bagi hidangan ramai. Ia terdapat di sungai,tasik dan lombong di sekitar Malaysia,Indonesia dan Thailand
Ikan baung

Ikan Baung atau nama saintifiknya Mystus spp. adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara Asia termasuk di Malaysia.
Ikan baung terdapat dalam sungai ,tasik dan tali air.Ukurannya mampu mencapai 20 kg. Umpan yang digunakan untuk memancing ikan ini biasanya adalah induk semut (rangrang) yang berwarna hijau terang, satu kail biasanya dikaitkan 5 hingga 10 ekor induk semut tersebut, atau mengunakan cacing tanah yang besar atau usus ayam.
Ikan Tengas

Ikan Tengas (Neolissochilus hexagonolepis, dulu Acrossocheilus hexagonolepsis) juga dikenali sebagai ikan Kejor adalah ikan air tawar yang tergolong dalam famili ikan Kap (Cyprinidae). Taksonomi ikan ini masih kurang jelas kerana terdapat beberapa kekeliruan dan pertindihan nama spesiesnya. Ikan-ikan dari genus ini boleh didapati di air yang mengalir laju dan jernih airnya dan biasa ditemui di kawasan sungai berbatu di kawasan tanah tinggi. Secara amnya, ikan tengas ini adalah dari jenis omnivor yang memakan haiwan-haiwan kecil, alga dan tumbuhan-tumbuhan air tawar.
Ikan Sebarau
Ikan Keli

Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara Asia, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.
Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.
Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah:-
- Ikan Keli Kayu
- Ikan Keli Bunga
- Ikan Keli Eksotika
- Ikan Keli Limbat
- Ikan Keli Mata Kati
- Ikan Keli Rusia
- Ikan Keli Afrika
- Ikan Keli Jeram
- Ikan Keli Hutan
Ikan Kelah

Ikan Kelah (bahasa Inggeris: Mahseer) adalah ikan kap dalam keluarga yang bersisik besar, dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di Malaysia dan secara amnya di Asia.
Ikan ini digambarkan pada asalnya oleh Hamilton pada tahun ,1822, dan pertama kali disebut dalam cabaran memancing dalam Majalah Oriental Sporting pada tahun 1833, dan kemudiannya menjadi buruan kegemaran pemancing British yang menetap di India. Spesies Golden Mahseer diketahui mencapai 2.75meter(9 kaki) panjangnya dan 54kg beratnya, walaupun spesimen sebesar ini jarang dinampak pada hari ini.
Ikah Kelah mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga,krustasia,serangga,katak dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di tepian sungai.
Selain daripada ditangkap untuk sukan, ikan kelah juga merupakan sebahagian perikanan komersil di Malaysia.
Jenis jenis Ikan Kelah
Genus Tor:
- Mahseer Sirip Merah (Red-finned Mahseer) (juga digelarkan "Mahseer Insang Pendek" (Short-gilled) ataupun "Mahseer Badan Menghunjam" (Deep-bodied Mahseer): Tor tor (Hamilton)
- Mahseer Emas (Golden Mahseer) (juga digelarkan "Mahseer Sirip Kuning" (Yellow-finned) ataupun "Mahseer Himalaya Biasa" (Common Himalayan Mahseer): Tor putitora (Hamilton)
- Mahseer Tembaga (Copper Mahseer): Tor mosal (Hamilton)
- Jungha: Tor progeneius (McClelland)
- Mahseer Decca (Deccan Mahseer}: Tor khudree (Sykes)
- Mahseer Belakang Tinggi (High-backed Mahseer) (juga digelarkan "Mahseer Ponok" (Hump-backed) atau "Mahseer Selatan" (Southern Mahseer): Tor mussullah (Sykes)
- Mahseer Malaysia (Malaysian Mahseer): (juga digelarkan ikan Kelah atau Kap Anak Air Besar (Greater Brook Carp): Tor tambroides
- Kelah Batu (Spesies belum dikenal pasti)
Ikan Toman

Ikan Toman atau nama saintifiknya Channa micropeltes. adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara Asia termasuk di Malaysia
Ikan Pari
Ikan Pari adalah bersaudara dengan ikan jerung. Tetapi tidak seperti ikan jerung, yang merupakan pemangsa yang menggerunkan dengan rahang yang berkuasa, ikan pari jarang sekali menugut manusia dan mulutnya yang kecil bukanlah ancaman sama sekali.
Berhampiran pangkal ekor ikan pari terdapat taji sekitar 8-inch yang diselitupi dengan bahan yang sama yang membentuk sisik yu, yang dikenali sebagai dermis dentikle (dermal denticles). Hujung ini, yang menjadi keras dan tegang apabila ikan pari merasa terancam, berbentuk seperti pisau daging bergerigi dan memiliki bisa yang mengancam pemangsa.
Sebahagian besar racun itu sendiri adalah toksin berasaskan protein yang menyebabkan kesakitan pada mamalia dan boleh juga mengubah kadar degupan jantung dan pernafasan, mengikut pada Makmal Mote Marine.
Ikan pari jarang menyerang manusia, bagaimanapun sekiranya ia dipijak, ikan pari akan menggunakan tajinya sebagai satu bentuk mempertahankan diri," mengikut Nancy Passarelli dan Andrew Piercy bagi Florida Muzium Sejarah Semulajadi. "Walaupun ditikam oleh ekor ikan pari amat menyakitkan, ia adalah jarang menjadi ancaman kepada nyawa manusia."
Terdapat kira-kira 200 spesies ikan pari. Ia terdapat di kedua-duanya air tawar dan di lautan. Kebanyakannya tidak mempunyai keupayaan untuk menyengat. ------------------------------------------------ Ikan pari Lang kan Pari Lang atau Ikan Pari Helang (bahasa Inggeris: Eagle ray) ialah sekumpulan ikan yang tergolong dalam famili Myliobatidae, sebuah famili yang terdiri sebahagian besarnya daripada ikan pari yang hidup di lautan-lautan lepas dan bukannya di dasar laut. Ikan ini pandai berenang dan berupaya melompat beberapa meter di atas permukaan air. Ikan Pari Lang makan siput, kupang, dan krustasia. Ia menghancurkan kulit-kulit haiwan tersebut dengan giginya yang amat keras.
Ikan Pari Harimau (bahasa Inggeris: Blue Spotted Ribbontail Ray)
ialah satu spesies ikan rawan laut yang tergolong dalam famili ikan pari. Ikan ini terdapat di kawasan-kawasan dari Afrika Timur sehingga Pasifik Barat, dan sering dilihat berehat di Terumbu Sawar Besar di dasar gua berpasir atau di bawah belebas. Nama botaninya Taeniura lymma.
Ikan Pari Harimau ialah salah satu haiwan laut yang paling luar biasa. Ikan ini mempunyai dua plat di dalam mulutnya yang digunakan untuk menghancurkan kulit ketam, udang, dan moluska. Ikan ini boleh hidup bersama-sama dengan ikan-ikan lain, baik ikan yang sama jenis, mahupun ikan yang lain.
Tubuh Ikan Pari Harimau boleh tumbuh sehingga 25 sentimeter (10 inci), iaitu tidak termasuk ekornya. Ekornya panjang sedikit berbanding dengan tubuhnya, dan mempunyai sebatang spina pada separuh keduanya. Bintik-bintik Ikan Pari Harimau biasanya berwarna biru atau perang muda.
Reverse Twist Blood Knot
|
SIMPULAN ini sesuai untuk menyambung dua tali dan mampu memikul beban
yang berat serta tidak mudah terlucut.
1. Lilitkan dua jenis tali pancing yang berbeza.
2. Lilit sehingga empat lilitan dan kemudian buat lilitan yang sama
secara menyongsang.
3. Ulang untuk membuat lilitan sehingga empat lilitan dan sulam di
bahagian tengah.
5. Sulam ikatan di bahagian tengah dan tarik.
6. Tarik kedua-dua bahagian dari arah berlainan untuk memperkemaskan
ikatan.
Simpulan Opposed Nail
Simpulan Opposed Nail
| Simpulan ini sesuai untuk menyambung dua tali saiz yang sama ataupun berbeza . |
|
IKATAN ini sesuai untuk menyambung dua tali saiz yang sama ataupun
berbeza.
1. Tali yang akan digunakan perlu diletakkan tanda antara A dan B. Buat
satu gegelung seperti di dalam rajah untuk memulakan ikatan manakala
letakkan tiub pada bahagian tengah simpulan.
2. Mulakan lilitan untuk bahagian A dan B menerusi B, A dan tiub
sehingga 10 lilitan dan kemudian masukkan bahagian hujung tali A ke dalam
tiub.
3.Tarik tiub keluar dan tutup bahagian gegelung tali dengan perlahan
tetapi jangan tarik ikatan.
4. Letakkan tiub selari dengan bahagian dengan tali A dan sambungkan
tali B dan mulakan lilitan pada tiub bahagian tali A dan B.
5. Lakukan sehingga 10 lilitan dan keluaran tiub dari bahagian tengah
ikatan. Tutupkan ikatan dengan perlahan.
6. Simpulkan lilitan dengan ketat dan tarik dua bahagian manakala
licinkan bahagian terlebih menggunakan pemotong kuku.
Simpulan Blood Knot
| SIMPULAN ini sesuai untuk digunakan menyambung dua tali pancing mono yang memiliki ketebalan berbeza. |
|
SIMPULAN ini sesuai untuk digunakan menyambung dua tali pancing mono yang memiliki ketebalan berbeza.
1. Lakukan satu gelung bertindih dengan menggunkan tali yang lebih nipis dan kemudian lilit pada tali yang lebih tebal.
2. Lilit tali yang lebih tebal dengan tali yang lebih nipis
3. Masukkan bahagian hujung tali yang tebal ke bahagian tengah lilitan selepas melakukan empat hingga lima lilitan.
4. Lakukan sekali lagi lilitan hingga enam lilitan dan masukkan bahagian tengah dengan menggunakan tali yang lebih nipis.
5. Tamatkan simpulan dengan menggunakan tali yang lebih tebal dengan dengan menarik dua bahagian berbeza.
6. Kemudian tarik perlahan-lahan ikan ke arah berbeza untuk mengukuhkan ikatan.
Simpulan Slim Beauty
| SIMPULAN ini lazimnya digunakan untuk menyambung tali pancing mono utama yang memiliki ketebalan berbeza. |
|
SIMPULAN ini lazimnya digunakan untuk menyambung tali pancing mono utama yang memiliki ketebalan berbeza.
SIMPULAN ini lazimnya digunakan untuk menyambung tali pancing mono utama yang memiliki ketebalan berbeza.
1. Buat satu gelung utama diikuti gelung beselang daripada tali yang lebih nipis.
2. Kemudian bentukkan gelung tali menjadi angka 8.
3. Masukkan perambut yang agak tebal di bahagian gelung angka 8 di tengah lilitan.
4. Lakukan lilitan empat kali atau lebih keatas tali perambut yang akan disambung.
5. Kemaskan lilitan kedua-dua tali mono yang akan disambung.
6. Kemudian tarik dan ketatkan sambungan tadi ke arah berlawanan untuk mengukuhkan ikatan.
Ikatan Shock Tippet & Leader Knot
| SIMPULAN ini terbukti begitu kukuh untuk menyambung dua tali pancing mono utama yang memiliki ketebalan berbeza dengan perambut tanpa terlerai siap dengan seutas tiub. |
|
SIMPULAN ini terbukti begitu kukuh untuk menyambung dua tali pancing mono utama yang memiliki ketebalan berbeza dengan perambut tanpa terlerai siap dengan seutas tiub.
SIMPULAN ini terbukti begitu kukuh untuk menyambung dua tali pancing mono utama yang memiliki ketebalan berbeza dengan perambut tanpa terlerai siap dengan seutas tiub.
1. Buat satu gelung utama dengan beberapa lilitan didalamnya.
2. Kemudian bentukkan gelung tali menjadi angka 8.
3. Masukkan perambut yang agak tebal di bahagian gelung angka 8 di tengah lilitan.
4. Ketatkan dua sambungan di bahagian tengah angka 8.
5. Masukkan tiub, lilitkan beberapa di bahagian tengah hingga ke atas.
6. Kemudian tarik dan ketatkan sambungan tadi ke arah berlawanan untuk mengukuhkan ikatan.
7. Kemaskan lilitan dengan mengetatkan lilitan sambil masukan tali mono atau tali perambut ke dalam tiub.
8. Tarik keluar tiub yang di bawah lilitan.
9. Tindihkan dua ikatan tadi dengan kemas tanpa menariknya terlalu ketat.
10. Kemaskan sambungan dengan memotong lebihan tali di hujung bahagian.
Simpulan Wind On Dacron Leader
| SIMPULAN ini sesuai untuk mengikat tali yang bersaiz lebih tebal atau menyambung dua tali. |
|
SIMPULAN ini sesuai untuk mengikat tali yang bersaiz lebih tebal atau menyambung dua tali. Caranya:
SIMPULAN ini sesuai untuk mengikat tali yang bersaiz lebih tebal atau menyambung dua tali. Caranya:
1. Tajamkan bahagian depan tali pancing yang bersaiz besar tetapi jangan melakukannya sehingga terlalu tajam.
2. Licinkan bahagian yang kesat dengan menggunakan kertas pasir.
3. Masukkan bahagian yang tajam ke dalam salur dacron.
4. Rapikan saluran dacron supaya ia melekat dengan baik.
5. Kemudian potong bahagian dacron yang berlebihan.
6. Gunakan tali pancing yang bersaiz lebih licin serta lilitkan pada hujung dacron.
7. Lakukan lilitan dengan kemas serta lilitkan beberapa kali di bahagian hujung dacron.
8. Simpulkan ikatan itu dengan kemas supaya ia tidak mudah terlucut.
9. Ikatkan simpulan dengan ketat serta gunakan gam yang sesuai untuk menutup dacron.
Simpulan Duncan’s Loop
| Peter Hayes, mencadangkan simpulan Duncan’s Loop untuk memudahkan ikatan ketika pancing layang (fly fishing) dilakukan. |
|
Peter Hayes, mencadangkan simpulan Duncan’s Loop untuk memudahkan ikatan ketika memancing cara layangan.
ADAKALANYA jenis tali pancing yang sama boleh mengelirukan terutama untuk membezakan manakala ia lebih merumitkan apabila membabitkan memancing layang.
Peter Hayes, mencadangkan simpulan Duncan’s Loop untuk memudahkan ikatan ketika memancing cara layangan.
1. Masukkan tali pancing utama pada lubang mata kail dan buat satu gegelung.
2. Ambil bahagian hujung tali pancing dan kemudian masukkan ke dalam gegelung dan lilit pada tali utama.
3. Ulang lilitan sehingga empat atau lima kali.
4. Matikan simpulan dengan mengambil bahagian hujung dan dimasukkan dalam gegelung.
5. Kemudian kemaskan ikatan mengikut saiz yang diperlukan.
Ikatan Lefty's Loop
| SIMPULAN ini sesuai untuk pancing layang kerana ia akan memudahkan pergerakan mata kail. |
|
SIMPULAN ini sesuai untuk pancing layang kerana ia akan memudahkan pergerakan mata kail. Ia mudah untuk dilakukan malah tidak mudah putus ataupun terlucut.
SIMPULAN ini sesuai untuk pancing layang kerana ia akan memudahkan pergerakan mata kail. Ia mudah untuk dilakukan malah tidak mudah putus ataupun terlucut.
1. Masukkan tali ke lubang mata kail dan lakukan gegelung pada perambut dan masukkan hujung tali ke dalam gegelung.
2. Lilit sebahagian daripada perambut antara tiga hingga lima lilitan.
3. Tarik tali dari bahagian atas untuk memperkemaskan ikatan serta menjamin kekuatan ikatan.
Teknik susun umpan
Teknik susun umpan
|
TEKNIK memasang umpan juga penting untuk menarik perhatian ikan. Ini kerana cara menyusun serta meletakkan umpan turut diambil kira supaya mangsa lebih cepat memakan umpan.
TEKNIK memasang umpan juga penting untuk menarik perhatian ikan. Ini kerana cara menyusun serta meletakkan umpan turut diambil kira supaya mangsa lebih cepat memakan umpan.Menghimpunkan jumlah umpan yang banyak terutama cacing pada mata kail antara teknik yang boleh digunakan ketika memancing air tawar untuk memikat penghuni sungai ataupun tasik. Cacing adalah antara umpan paling berkesan untuk kebanyakan ikan air tawar. Ia mungkin digunakan seekor atau beberapa ekor sekali gus seperti gambar
Kaki
Petua ini terutama kepada pemancing yang menaiki bot/sampan. Elakkan suka menjuntai kaki kedalam air semasa memancing atau berehat. Perlu diberitahu tapak kaki kita akan kelihatan putih semasa didalam air dan amat menarik perhatian ikan seperti jerung atau buaya untuk menyambarnya.
Menghilangkan Bisa Terkena Gigi Ikan
Mulut
Pantang larang paling utama dalam aktiviti memancing. Mulut jangan cakap besar, takbur, celupar dan suka menyumpah. Jangan suka menegur sesuatu yang tidak pasti spt. bau wangi dan sebagainya. Mulut jangan terlalu suka berjenaka dan bersenda gurau berlebihan ditakuti suka akan membawa duka. Jangan suka buat bising.
Menjaga Umpan Perumpun
Perumpun yang dibeli untuk memancing biasanya mudah mati dan busuk jika anda tidak cepat mengasingkannya. Petua menjaga kesegarannya ialah jika memotong perumpun yang panjang, pastikan ia mula dipotong dari bahagian ekor. Jika ia dipotong dari bahagian kepala, perumpun mudah mati dan busuk. Penggunaan surat kabar atau kertas yang kering juga dapat membantu kesegarannya dengan menukar kertas takungan umpan ini setiap 2 jam sekali. Elakkan dari terkena air hujan atau terdedah dari terik panas matahari. Sebaiknya letakkan kain atau kertas yang lembab bagi menutup perumpun.
Berkat Dapat Izin Sebelum Memancing
Pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing mestilah memberitahu isteri atau keluarga. Pastikan semua tanggungjawab dan urusan telah dibereskan sebelum pergi. Jangan meninggalkan masalah dirumah, termasuk dengan anak-anak. Bila ini dibereskan hati pun tenang semasa memancing dan mungkin berkat doa mereka anda mendapat hasil yang baik…Insya-allah.
Tersesat Didalam Hutan
Jika kita tersesat didalam hutan semasa memancing dan tidak menjumpai jalan pulang, cubalah petua ini. Telanjang dan buang air kecil. Selepas itu, ambil tanah diantara tapak kaki anda dengan tempat membuang air kecil tadi dan bawalah sepanjang jalan. Insya-allah jalan pulang akan ditemui.
Kunyit & Tepung
Jika memancing disungai dipercayai ada buaya, jangan gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan ia boleh ‘mengamuk’ dan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pemancing.
Telur Rebus & Pulut Kuning
Jangan membawa sebarang makanan berdarah spt. Daging atau ayam semasa memancing. Begitu juga jangan sesekali membawa bekalan telur rebus dan pulut kuning. ’Laut tempatnya keras,kedua-dua makanan itu ada kaitan dengan amalan membuang Ancak’.
Daun Sireh/Tembakau Rokok
Kita sering mendengar pemancing akan menghadapi masalah menaikan pari bila ia melekap dipasir. Caranya mudah gunakan daun sireh/ tembakau rokok (dibasahkan) lalu digosok pada tali pancing hingga berbunyi. Pari akan rasa ngilu dan serta merta melepaskan lekapannya pada pasir.
Mengekalkan Kesegaran Ikan
Untuk mengelakkan ikan daripada busuk jika kita tidak mempunyai kelengkapan, Ikan anda itu perlu disiang dan dibuang segala isi perut, tahi, dan sisiknya. Tapi ingat ikan berkenaan tidak boleh dibasuh dengan air. Selepas disiang, biarkan ikan berkenaan berdarah lalu dibalut dengan kertas suratkabar seekor demi seekor.(usah dicampur 2 – 3 ekor sebungkus) Selepas itu letakkan bungkusan itu pada tempat yang teduh. Ikan berkenaan akan tetap segar walaupun dibungkus selama 24 jam.
Tip Mabuk Laut
PETUA – MABUK LAUT
( Samada benar atau tidak kita perlu mencuba terlebih dahulu dan jika mahu mencuba saya sarankan agar berselawat terlebih dahulu. Jika masih mabuk gunakan teknologi terkini dengan menelan pil penahan mabuk dan jika masih gagal, dinasihatkan jangan kelaut. Memancing sahaja di sungai dan tasik – anda pasti tidak mabuk)
- Ini rasional – mengikut pakar perubatan. GINJAL dibelakang telinga memainkan fungsi penting dalam menseimbangkan tubuh badan. Digalakkan mengurut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut.
- Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini boleh menahan tekak dari merasa loya.
- Syor nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk laut, TERJUN DAN MANDI LAUT tapi mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa ketika badan dan kepala akan menjadi segar semula.
- OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata,limau tak boleh dibawa kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.
- Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.
- Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan sedikit air limau sebelum memakannya.
- Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket.Pastikan ia tidak jatuh sepanjang kita memancing.
- Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum ke laut.
- Sebelum memancing , jangan minum minuman yang BERKRIM ATAU BERSUSU. Seeloknya bawa AIR OREN sebagai minuman semasa memancing.
Memancing Udang Galah
PerkaraUtama berbincanglah dengan rakan, tarikh, masa dan lubuk yang akan dituju untuk aktiviti memancing udang.(menaiki bot). Persiapan awal antaranya engin sangkut 4 – 15 kuasa kuda, pendayung, sauh, tali, membuat perambut awal, peralatan memancing yang dikira lengkap, tidak lupa jaket keselamatan dan jika ingin memancing malam jangan lupa lampu suluh dan '‘lampu kalimantan'’atau '‘lampu ayam'’ Umpan perlu dicari terutama cacing tanah atau anak udang(yang dibungkus dalam suratkabar dan disimpan didalam peti sejuk,bagi mempastikan kesegarannya).
Peralatan
- Joran dan Kekili untuk memancing udang biarlah jenis ringan. Joran halus sebaiknya dalam 4 1/2 kaki panjang dan Kekili tidaklah perlu besar.
- Tali Utama seeloknya antara 10 - 15 paun manakala perambut pula antara 6 – 8 paun.
- Saiz batu ladung kebiasaannya antara no: 5 – 6. Saiz batu ladung yang kecil boleh digunakan ketika arus sungai bergerak perlahan.
- Beberapa jenama mata kail kecil boleh digunakan tetapi biasanya ialah antara no: 7 – 10 menjadi pilihan utama. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan sendiri.
Umpan (Rujuk Menu Utama Kelab ATUR – Bah. Umpan)
Udang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail, antaranya cacing, perumpun, udang kecil, isi ikan. Namun pilihan utama tetap cacing tanah kerana berkaitan rapat dengan bentuk badannya dimata kail dan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut.
Cara Memancing (dari atas sampan)
- Untuk memancing diatas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12 – 16 kaki.
- Lima batang joran seorang adalah bertepatan dan jika ada yang baru belajar mereka bolehlah bermula dengan 2 –3 batang dulu. Tidak menghairankan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya.
- Susunan joran diatas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.
- Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu dikekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran ditepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu.
- Jika sudah pasti udang telah menelan umpan(dgn. Melihat henjutan dihujung joran) lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali. Disinilah debaran dada si pemancing udang dapat dirasai dengan henjutan udang samada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan.
Makluman
- Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan.
- Kadang kala udang memakan umpan tanpa menunjukkan sebarang gerakan.
- Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan.
- Ada yang menarik umpan dengan keadaan separuh malu.
- Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar. (jangan terkejut) jawapan akan diketahui diseparuh perjalanan udang semasa hendak dinaikkan.
Mencari Lubuk
- Perhatikan kawasan yang mempunyai banyak makanan (buangan) serta kawasan yang senang udang bersembunyi.
- Kawasan berteluk berarus sederhana laju.
- Kawasan yang mudah tersangkut yang terdapat banyak ranting-ranting pokok serta akar-akar pokok didalam air.
- Memandangkan jadual air berubah setiap hari, kedudukan udang juga begitu, adakalanya udang galah suka bermain ditengah sungai terutama bila air bergerak sederhana laju.
Panduan
- Ketika memancing udang, sikap malas jangan diamalkan. Umpan perlu selalu diperiksa dimata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang.
- Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain.
- Musim tengkujuh adalah musim yang tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta cuaca/air yang sejuk.
- Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 4 –5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.
- Gangguan spt. Anak-anak ikan, dan sebagainya adalah cabaran dalam menahan kesabaran.
- Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing ditengah sungai.
- Jika sungai kecil (hulu) tali boleh direntang didalam usaha mencari lubuk udang.
Peringatan
- Pertuturan harus dijaga.
- Elakkan membuang makanan spt. Daging dikawasan pancing udang.
- Mata dan telinga sentiasa berwaspada kerana kebiasaan lubuk udang dikongsi bersama oleh sang bedal.
- Sering memberi kerjasama sesama rakan-rakan.
- Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah.
Asam Pengubat Mabuk Laut
Memancing laut dalam adalah sangat menyeronokkan namun ia merupakan suatu dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi apabila mabuk laut. Laut yang bergelora dan ombak menghempas dikala panas terik menyebabkan para pemancing tumpas dek terkena mabuk laut.
Pelbagai petua dan tips yang digunakan pemancing termasuk menggunakan teknologi moden seperti ubat mabuk yang berada di pasaran. Kekurangan air didalam badan dan hempasan laut yang bergelora menyebabkan para pemancing boleh tumpas apatah lagi apabila kepanasan yang melampau waktu tengah hari melemahkan lagi mangsa mabuk laut.
Memakan buah yang masam dan minum air yang secukupnya boleh memberikan kelegaan kepada kaki pancing dari mabuk dan sekaligus dapat mengelakkan para pemancing dari terus mabuk dan membantutkan keseronokan memancing.
Membawa gula-gula dan sentiasa memastikan mulut tidak kering boleh mengelakkan dari mabuk dan memberikan keselesaan kepada badan para pemancing.
Para pemancing dinasihatkan meminum air secukupnya dan jangan biarkan perut kosong dan dalam berkeadaan letih. Walau perbagai dugaan untuk memancing, para pemancing adalah lasak dan akan terus berjaya untuk menaikkan tangkapan seterusnya tidak kira apapun dugaan yang mendatang.Kekalkan Ikan Segar
BAGI kaki pancing, apabila keluar memancing, tong air batu atau tempat Menyimpan ikan ibarat satu kewajiban. Jika tidak, ikan yang dikail cepat busuk. Ada beberapa tips untuk mengekalkan kesegaran ikan.
- Menggunakan uncang jaring. Uncang biasa digunakan jika memancing di kawasan berhampiran rumah. Ikan yang dikail dimasukkan ke dalam uncang jaring dan direndam semula ke dalam air bagi membiarkan ikan itu terus hidup. Bagaimanapun saiz ikan terhad kepada yang kecil (kurang lima kilogram). Ikan bersaiz besar tidak sesuai dimasukkan ke dalam uncang jaring kerana jika meronta, jaring koyak dan ikan terlepas.
- Paling biasa digunakan ialah kotak air batu. Ia paling banyak digunakan terutama jika memancing di laut untuk dua atau tiga hari. Ikan yang dikail terus dimasukkan ke dalam tong air batu supaya sentiasa segar walaupun sudah mati. Ada banyak saiz dan kualiti kotak menyimpan ikan yang diperbuat daripada gentian kaca atau plastik. Jadi berhati-hatilah jika membelinya. Biar alah membeli, menang memakai.
- Banyak diamalkan oleh pemancing yang pergi ke hutan lebih empat hari. Untuk membawa tong ikan adalah tidak praktikal kerana sukar mengangkutnya. Oleh itu, ikan yang dipancing perlu disiang termasuk membuang perut dan insang sekali. Sebaik-baiknya ikan yang disiang dielak daripada terkena air. Ikan yang sudah disiang ditabur sedikit garam sebelum disimpan di dalam bekas simpanan, biasanya tin biskut. Selain itu, ada pemancing memasukkan surat khabar di dalam perut ikan yang disiang bagi mengelakkan ia menjadi busuk.
- Membunuh segera ikan yang diperolehi. Cara ini banyak diamalkan terutama Amerika Syarikat, Kanada dan sebahagian Eropah. Caranya ialah membunuh ikan secara mengejut menggunakan besi tajam. Ikan itu dibunuh dengan menghentak besi tajam di bahagain kepala iaitu antara mata ikan berkenaan (di mana terletaknya otak). Dengan sekali hentakkan, besi tajam tadi akan menembusi tengkorak dan mencederakan ikan. Rasional cara ini ialah ikan yang mati secara perlahan akan mengeluarkan sejenis hormon dari otak. Hormon ini bertindak sebagai perangsang untuk mempercepat proses pereputan protein. Jadi, jika ikan mati secara mendadak, otak ikan tidak sempat merangsang pengeluaran hormon berkenaan. Bagaimanapun, cara ini hanya digunakan ke atas ikan yang besar sahaja.
Mabuk Laut
MASIH banyak petua atau amalan yang perlu dilakukan oleh pemancing terutama kepada pemancing laut dalam yang sering menghadapi mabuk atau mual tekak ketika ekspedisi.
Pandangan beberapa veteran nelayan boleh diberi perhatian mengenai masalah ini. Mual atau mabuk laut berlaku sejak dulu lagi dan pelbagai usaha dilakukan untuk mengatasinya. Hasilnya, pelbagai cara dan kaedah dilakukan bagi mengekang musibah itu yang pasti akan membantutkan keseronokan dan pemburuan. Namun paling mudah dan berkesan ialah dengan membawa makanan ringan seperti buah-buahan atau gula-gula yang tidak keterlaluan masamnya.
Gula-gula yang ada rasa masam biarkan sentiasa berada dalam mulut untuk mengelak tekak tidak kering. Cengkih juga dapat membantu sebagai langkah ikhtiar mencegah daripada menghadapi mabuk atau mual serta tekak kering.
Pernah berlaku dalam beberapa aktiviti memancing laut dalam, keadaan cuaca panas terik mengakibatkan beberapa kaki pancing diserang mabuk, mual-mual dan tekak kering. Walaupun mereka sudah meneguk beberapa botol air tetapi keadaan masih berada pada tahap yang sama. Namun setelah diberi cengkih untuk beberapa ketika, keadaan mabuk dan kering tekak dapat dipulihkan.
Kemudian anda perlu mengelak daripada terus mendedahkan diri di bawah bahang panas matahari dalam tempoh yang lama.
Buah-buahan masam ubat mabuk laut
Faktor lain yang perlu diambil kira ialah memakan buah-buahan masam yang mengandungi banyak air supaya badan sentiasa berada dalam keadaan lembap dan berair selain daripada berpeluh.
Pada masa sama, anda perlu mengambil tindakan ketika berada di laut untuk mengelak daripada terus mabuk dan muntah.
Antara petua terbaik demi menjaga keselamatan, anda dinasihatkan tidak membongkok di bibir bot dengan menghulurkan kepala keluar ketika melepaskan muntah. Perbuatan ini sangat berbahaya kerana risiko anda boleh terhumban ke laut sangat besar dalam keadaan kawalan diri anda yang sudah tidak menentu atau tidak seimbang itu.
Namun dalam apa juga keadaan, kerjasama daripada semua pemancing dalam bot mesti dilakukan bagi bertindak sebagai sebuah pasukan.
Ikan Pari
Ikan Pari
Tempat yang sering menjadi tumpuan orang ramai untuk mandi manda kurang didiami pari. Pari adalah spesies ikan yang tidak gemar bertembung dengan manusia. Keriuhan orang ramai yang bermain pantai memberi impak kehadiran pari kecuali pantai berkenaan memiliki tarikan yang kuat untuk ikan pari datang bermain di pesisir. Pantainya adalah jenis pasir dan turut bercampur lumpur. Bagi ikan pari kawasan begini adalah sebahagian dari tempat tumpuan mencari sumber makanan.
Pari yang menghampiri kawasan pantai mempunyai satu tujuan iaitu mencari makanan. Kawasan pantai diketahui terdapat beberapa spesies yang berada dalam senarai diet pari iaitu anak ikan bebolos, belacak, gelama, selar, bilis, beliak mata, kasai, tamban dan sebagainya terutama yang sisiknya tidak berduri.
Selain itu sumber makanan pantai bagi ikan pari ialah udang, sotong kurita, perumpun dan anak ketam. Memandangkan kawasan pantai turut menjadi tumpuan anak ikan bermain dan mencari makanan, penggunaan umpan yang betul dapat menjamin kejayaan. Kalau menggunakan umpan hirisan ikan mati umpamanya, ia mudah hancur dan habis dikerjakan ikan kecil termasuk ketam sebelum dijumpai pari. Apabila pari menjumpai umpan yang sudah hancur ia tidak berminat dengan umpan berkenaan.
Disarankan pemancing menggunakan umpan hidup yang kurang diganggu getuan ikan kecil seperti anak bebolos, anak belacak atau jajang (sejenis belacak panjang mendiami muara air payau), anak gelama, udang hidup sederhana besar.
Yang penting umpan yang digunakan kurang digetu ikan lain. Waktu malam lebih baik kerana ikan pari akan menghampiri pesisir pantai waktu malam. Rumusannya, masa terbaik adalah ketika air pasang penuh pada sebelah malam.
Teknik (Tenggiri)
Penggunaan set medium heavy dengan mainline 10lb ke 25lb yang tidak berwarna sepanjang melebihi 200 mtr. perambut pula dari jenis flourocarbon 20lb panjang 2 mtr dengan coated steelwire 20lb panjang 6" menggunakan hook 2/0 dan 3/0.
Ikan tenggiri jenis batang
Arus mati.
Belon atau pelampung yang sesuai adalah digalakkan untuk mengelakkan umpan berbelit dengan pancing lain. Jarak umpan dengan belon paling kurang 4 mtr. Lagi panjang lagi bagus. Lepaskan umpan dalam jarak melebihi 30 mtr dari bot. Ikan hidup seperti selar dan kembong hendaklah dicangkut dalam keadaan kepala mengarah ke hadapan.
Arus perlahan.
Penggunaan teknik floating tanpa ladung atau belon. tetapi umpan ikan hidup hendaklah dicangkut dalam keadaan kepala menghadap bot. kalau menggunakan multiflier reel, bolehlah ikat perambut steelwire direct kepada mainline dengan ikatan albright dengan safety knot dihujung.
Arus deras.
Penggunaan teknik mid water dengan batu ladung bersaiz 2 atau 3. batu ladung dimasukkan kedalam mainline. setelah lepaskan ikan hidup ladung hendaklah dipegang. hulurkan tali sepanjang 10 mtr baru ikatkan getah gelung pada mainline untuk jadikan stopper ladung. lepaskan sepanjang 30 mtr dari bot.
Untuk pancingan malam pula perambut 50lb digunakan manakala steelwire 50lb pula hendaklah sepanjang 1 kaki. sekiranya bulan gelap cara pancingannya pula berbeza kerana tenggiri hanya akan makan dibawah bayangan cahaya lampu bot. bottom fishing tetapi dinaikkan sebanyak 8 mte. teknik seperti siang boleh digunakan sekiranya bulan terang.
Hook Up:
hook up hendaklah dibuat dengan kuat beberapa kali supaya mata yang disangkut pada umpan hidup boleh tanggal dan menyangkut pula pada rahang ikan tenggiri. sekiranya ini tidak diambil berat kita akan kehilangan tenggiri tersebut kerana rabut.
inilah serba sedikit yang boleh kawan berikan sebagai info pada kenkawan semua.
kalau dilayan dengan slow dan smooth species ini mudah menyerah tapi kalau ditarik dan dikarau ganas ia akan lebih ganas dan lambat menyerah. peratus putus sangat besar. penggunaan light set dengan mainline 10lb adalah sangat berkesan untuk menawan species ini tetapi ia akan mengganggu kekawan lain kerana memakan masa yang lama. kalau medium heavy makan masa 5 minit, light set pula 7 minit.
tentang keadah pancingan tenggiri, kita perlu tahu yang paling mustahak ialah spot.
spot 1: Spot karang yang mana tenggiri nya telalu banyak hinggakan kalau dihulur apa saja yang bergerak akan dimakan seperti dilatuna sarawak.
spot 2: merupakan karang yang sempit yang memang banyak tenggiri menghuni disini dimana ramai nelayan pancing menjadi penunggu tetap disini seperti karang ngah. mereka hanya memancing tenggiri sahaja dengan mendapat hasil yang mencapai 40 hingga 50 ekor sehari.
spot 3: spot yang ada tenggiri tetapi tidak menjadi lubuk nelayan kerana kalau ditunggu pun hasil nya tak seberapa. seperti didalam unjam laut.
spot 4: spot yang karang nya sangat luas. dimana kita perlu bergantung pada nasib untuk dapatkan species tenggiri.
spot 5: spot yang tiada rekod hasilkan tenggiri tetapi saja2 mencuba tetapi kadang kala dapat juga.
keadah untuk spot 1:
semua keadaah sesuai digunakan tetapi sekiranya untuk dapat hasil yang banyak pakailah perambut steelwire kasar dengan teknik bottom. bila kena saja rentaplah terus naikan keatas bot. sekiranya nak kan keseronokan pancing kawan syorkan pakailah light set dengan mainline 10lb, perambut steel wire 20lb dan hook 2/0 cutting point.
keadah spot 2:
memandangkan puluhan nelayan menunggu tempat ini sehari hari jadi tenggiri disini sudah kenal benda asing yang dihulurkan pada mereka. line berwarna atau braided, steewire hitam, kekili besar, umpan mati serta benda asing seperti getah, manik danperambut kasar merupakan benda2 yang perlu dielakkan. sehinggakan nelayan yang kita tahu terkenal dengan koyan dengan tangsi hingga ratus lb hanya menggunakan perambut 15lb sahaja disini. melainkan dikala permulaan species ini masuk ke sini setelah berbulan laut bergelora. ketika itu keadahnya sama dengan spot 1.
keadah spot 3:
dispot ini bolehlah kita gunakan teknik spinner atau sesudu juga casting rapalla. kalau nak gunakan keadaah floating dan mid water juga boleh. tenggiri disini tidak peka pada perambut atau benda2 asing kerana sesekali sahaja mereka diumpan dengan benda asing.
keadah spot 4:
disini trolling amat berkesan. keadah lain boleh digunakan tetapi peratusan hasilnya sangat kecil dibandingkan dengan keadaah trolling.
keadah spot 5:
disini kita hanya perlu tajul satu set untuk tenggiri denga keadah floating disamping pancing bottom untuk species lain. kita tidak perlu berharap pada tenggiri lebihkan tumpuan pada species lain. sekiranya ada rezeki dapatlah seekor dua.
Perhatian:
species tenggiri tidak memilih arus. kalau arus laju tapi faktor lain baik ia akan makan dan sebaliknya walaupun arus baik tetapi faktor lain tidak baik alamat melangutlah joran kita.
Faktor2 tenggiri aktif.
1.cuaca baik setelah habis monsoon. tidak kira arus.(karang)
2.cuaca baik air jernih(biru kehitaman) tidak kira arus.(karang)
3.cuaca tidak baik tapi arus baik.(unjam)

teknik rentapan untuk pancingan tenggiri pula ada beberapa teknik yang berkesan sesuai dengan set pancing dan keadah pancing yang kita gunakan.
1. penggunaan light set medium fast action rod mainline 10 ke 15lb keadah hanyut dengan umpan hidup. sebelum pancingan dimulakan pastikan dulu tension drag pada tekanan 80% dari kekuatan mainline. semasa umpan diturunkan hendaklah perhatikan kelajuan pergerakan renangan umpan sekiranya kelajuan pergerakan maintain teruskan dengan tension dalam keadaan off(free) sekiranya ada rasa macam kelajuan renangan umpan bertambah dengan drastik, jangan lengah terus saja sentap dengan kuat beberapa kali kerana umpan anda sudah dimakan. semasa sentapan dibuat pastikan tension drag masih dalam keadaan free. on kan drag bila saja mangsa membuat larian laju. biarkan tension dalam keadaan 80% kekuatan line supaya mangsa cepat pancit.
sentapan untuk light set perlu sekuat hati kerana rod yang lembut. daging umpan yang fresh masih liat jadi perlukan kekuatan untuk koyakkan daging umpan supaya mata kena pada mangsa.
bila ikan tidak makan semasa umpan turun, on kan drag dan parkinglah dekat holder. sekiranya umpan dientap, kekuatan drag tadi akan buatkan hook kena kat mulut mangsa tetapi sekiranya kita lambat buat hook up, umpan akan diludah dengan mudah sahaja kerana hook hanya melukai mangsa tapi belum melepasi duri pandan. sentapan hendaklah dilakukan dalam keadaan rod masih melengkung kerana dimasa itu memori pada rod dan line sudah sampai tahap maksima. dengan cara ini hook akan menembusi daging pada mulut mangsa.
2. Penggunaan medium heavy set, mainline 25lb ke 30lb pula sangat senang tetapi perlukan kepantasan kerana memori kelengkungan rod hanya sedikit dibandingkan dengan light rod. setkan tension drag sama dengan cara tadi dengan ketegangan 80% kekuatan mainline. bila saja ada rentapan dari mangsa rod hendaklah disentap dengan kuat dan cepat. jangan pula bila rod ditarik ikan, tension nak ketatkan, tali ikatan nak dibuka terlebih dahulu barulah nak buat hook up . alamatnya putih mata. hook up terlebih dahulu sebelum buat lain perkara barulah peratus untuk dapatkan mangsa lebih besar.
Mencandat sotong (Squid Jigging) adalah satu kaedah tradisi yang tidak mengunakan cara moden. Mencandat sotong juga ada keseronakan yang tersendiri. Di negeri terengganu ada berbagai-bagai kaedah yang biasa dilakukan oleh nelayan tempatan untuk menangkap sotong. Salah satunya dan yang paling menarik ialah mencandat, iaitu dengan mengunakan peralatan khas yang dinamakan candat. Didalam pasaran sekarang ada berbagai-bagai jenis candat dan jenama yang dibuat mengingkut keadaan semasa. Ada berberapa nama candat yang biasa digunakan diantaranya ialah Candat Twist, Candat Udang, Candat Umpan, Candat Buntai dan beberapa jenis lagi. Alat candat adalah kail yang mempunyai sehingga sepuluh mata atau lebih yang dilekatkan pada timah dan dibaluti dengan kain yang berwarna warni, tetapi kini mata kail dihiasi umpan tiruan anak ikan atau udang plastik yang berkilat, berbanding alat candat tradisional yang dikenali sebagai candat twist. Kesesuaian candat dengan sotong yang hendak ditangkap juga perlu diambil kira. Disini kita tekankan dengan penangkapan /mencandat sotong torok, cumit-cumit, ketupat dan sotong jarum sahaja kerana cara mencandat sotong mengabang, sotong katak dan kurita ada sedikit perbezaannya.
MUSIM ATAU MASA YANG SESUAI
Setiap akhir Mac hingga Julai, ialah musim yang paling sesuai untuk menangkap/mencandat sotong kerana angin kencang musim tengkujuh timur laut di Laut China Selatan mulai reda, maka musim sotong mengawan dan bertelur akan bermula. Ini bermakna sotong-sotong yang jauh dari laut dalam mula berkunjung ke tempat-tempat tertentu untuk bertelur di sekitar perairan Terengganu terutama berhampiran Pulau Kapas, Pulau Bidong, Pulau Redang dan beberapa tempat lain. Apabila musim mencandat tiba, di sekitar perairan Kemaman, Paka, Dungun, Merchang, Marang, Kuala Terengganu, Batu Rakit dan Penarik bagaikan berpesta dengan kerlipan lampu kalimantang yang dipasang saban malam. Kehadiran lampu kalimantang yang berkerlipan itu bertujuan menarik perhatian sotong yang sedang mengawan di kawasan berkenaan untuk berkumpul dan bermain di sekitar kawasan yang diterangi cahaya lampu berkenaan. Kebiasaanya waktu mencandat sotong bermula senja dan berhenti apabila fajar menyingsing.
Rezeki akan bertambah kiranya seseorang yang menjumpai kawasan sotong bertelur, iaitu tempat berjuta-juta sotong berkumpul dan bertelur pada satu tempat. Tempat ini juga dikenali sebagai “Kandang Sotong”. Kandang sotong yang dihuni oleh berjuta-juta sotong ini tidak terdapat seekor ikan pun kerana tahap permakanan sotong ini terlalu egresif sehinggakan mereka memakan diantaranya (sama sendiri). Jika terdapat ikan pun ialah ikan tenggiri, tasik atau jerung yang berada diluar kawasan sekitarnya untuk memakan sotong itu. Di tempat begini candat twist yang paling efektif sekali, dengan kaedah appolo, candat diikat dua atau tiga pada mainline. Kebiasaanya candat yang diturunkan belum sampai ke dasar sudah ada sotong melekat pada candat.
Mencandat sotong biasanya jarang dilakukan apabila bulan mengambang penuh kerana ketika itu sotong bergerak bebas, ada juga yang mencandat pada waktu begini kerana ianya tidak memberi target yang tertentu seperti di tempat kandang sotong atau di sekitarnya. Adakalanya juga mendapat hasil yang lumayan. Bagaimanapun, sotong yang ditangkap pada bulan mengambang lebih besar saiznya berbanding yang ditangkap pada bulan gelap. Sebaliknya, saiz badan yang gemuk itu akan berubah menjadi panjang selepas bulan penuh. Dimasa bulan gelap lebih sesuai kerana lampu yang di pasang akan menarik perhatian sotong untuk mendekati cahaya.
Seorang pencandat yang mahir akan memasang tiga atau empat candat pada satu tali. Setiap seorang pencandat mampu memperolehi antara 200 hingga 300 kilo sotong semalaman jika mereka mencandat di kandang sotong.
JENIS CANDAT DAN CARA PENGUNAANNYA.
1.Candat Twist- candat twist biasanya dibuat daripada timah sebagai pemberat, ia juga dilekatkan matakail yang bersisir dibawahnya. Biasanya ia dilengkap dengan lapan atau lebih matakail yang berfungsi sebagai penyangkut sotong. Badannya dibaluti dengan kain yang biasanya berwarna putih/merah, putih/hijau dan putih/biru. Cara menggunakannya ialah memasukan terus dari tangkal candat ke cili yang diikat dari mainline. Tidak perlu mengunakan perambut. Apabila candat diturunkan, lakukan aksi menarik dan menghulur ke dalam air yang disuluh lampu kalimantang. Sotong akan tertarik dengan pergerakan candat yang disangka makanan dan menyambarnya. Ketika itu, terus menyentap tali dan sotong akan terlekat pada mata kail berkenaan. Candat twist sesuai untuk sotong torok, ketupat dan sotong jarum. Candat twist juga sesuai digunakan untuk sotong mengabang dan sotong katak apabila berada di kawasan unjam atau tukun sahaja.
2. Candat umpan – berbentuk panjang yang dibuat daripada besi sebesar lidi dan bersisir dengan matakail dibawahnya. Ia juga dilengkapi dengan lapan atau lebih matakail yang biasa dibuat sendiri. Ada juga candat ini yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan yang mempunyai dua sisir matakail tanpa mempunyai teracat. Cara mengunakannya ialah mencucuk ikan sebagai umpan. Ikan akan dicucuk dari ekor sehingga ke dalam mulut ikan itu dan disangkut mengunakan cili dari atas kepala memasuki lubang candat dan seterusnya disangkut sekali lagi memasuki bawah kepala ikan sebelum menuntup cili itu. Ada satu lagi kaedah dengan menggunakan dawai yang diikat daripada perambut dan dicucuk sama dengan kaedah menggunakan cili dan dibelit dawai tersebut sebagai pengikatnya. Seterusnya candat tadi boleh digunakan dengan batu hidup atau ranggung (samaada yang dibuat daripada tanduk atau tangsi yang bersaiz besar) yang memerlukan perambut antara tiga hingga lima meter panjang. Masa mengunakan candat umpan, kita digalakkan untuk melabuhkan dua atau tiga candat ini dengan kedalaman air, bermakna satu didasar, kedua ditengah-tengah air dan satu lagi berada di permuakaan air. Untuk permukaan air, pemberat tidak perlu digunakan dan seelok-eloknya menggunakan pelampung. Ikan tambang, selayang, dan ikan kacang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai umpan. Saiz ikan hendaklah tidak melebihi panjang candat tersebut.
3.Candat Udang- Rasanya baru diperkenalkan atau diguna secara umun, berkemungkinan dalam tujuh tahun lepas(belum pasti). Candat ini sangat sesuai digunakan untuk mencandat sotong mengabang. Dengan bentuk yang solid dan dapat mengimbangi badan di dalam air memberi kelebihan candat ini menarik perhatian sotong. Cara mengguna hampir sama dengan candat umpan yang memerlukan ranggung untuk dihulurkan pada dasar. Kebiasaannya dua atau tiga kaki dari dasar laut.
SOALAN LAZIM
1. Adakah arus memainkan peranan penting dalam menangkap/mencandat sotong?
Ya. Arus juga memainkan peranan yang penting semasa mencandat sotong. Disebelah Terengganu masa perubahan arus daripada barat ke timur adalah masa yang terbaik sekali. Arus mula ke timur. Pendapat ini sama dengan pendapat beberapa nelayan2 yang terer dan tersohor dalam aktiviti mencandat sotong. Permulaan perubahan arus yang lembut ini mungkin mengaktifkan kehidupan sotong itu. (bukan di kandang sotong)
2. Adakah sotong akan bertelur di tempat yang sama?
Tiada fakta yang lengkap berkenaan yang ini. tapi pernah diketemui ditahun yang berlainan sotong masih bertelur di tempat yang sama. tapi kebanyakkan tempat bertelur (kandang sotong ditemui di tempat yang berlainan).
3. Bagaimana kalau kita mencandat disiang hari.. adakah boleh dilakukan?
Mencandat sotong di siang hari boleh dilakukan, tapi hasilnya kurang memuaskan. Mencandat disiang hari lebih sesuai menggunakan candat umpan.(bukan di kandang sotong)
Jika dikandang sotong semua jenis candat boleh digunakan. hasil juga amat membanggakan.Pada Isnin 23/5/2005 satu kandang sotong telah ditemui di depan muara sungai terengganu. Laut berhampiran kampung Tanjung, ramai nelayan mencandat di siang hari.. rata2 mendapat 100 kilo seorang. Tapi peluang untuk nelayan kecil tidak lama kerana disapu oleh bot pukat tunda. Kalau pemancing macam kita nak dapat peluang yang sekejap ini lagi laa susah. Baru projek di rancang kandang sotong sudah hancur..
4. Apakah peralatan yang paling sesuai untuk mencadat sotong.
Selain daripada candat, kita sebagai pemancing yang lebih ingin merasa keseronakan elok menggunakan set mancing yang joran lembut sikit kerana tarikan sotong dapat dilihat semasa ia memakan umpan(untuk cadat umpan). Untuk candat twist rasanya lebih baik mengunakan koyan saja dengan kekuatan tali 40lb.
5. Bagaimana untuk mengenali tempat atau kandang sotong?
Kandang sotong bermakna satu tempat dimana sekumpulan besar sotong bertelur, tempat ini boleh dikenali dengan adanya berjuta2 sotong dikawasan itu. kita boleh melihat di bawah air dengan warna yang sebam dan taburan sotong yang amat ramai. Anggaran taburan sotong di kandang berkeluasan 500-600 meter. kita boleh labuhkan bot dan biasanya di candat twist ada mengena atau terlekat telur2 sotong.Biasanya kandang dijumpai secara kebetulan saja. Pengalaman kawe satu kali dengan arwah ayah mula2 jumpa kandang sotong di waktu petang. setiap candat dihulurkan terus mengena sotong, kami melabuhkan bot dan memasang lampu lepas magrib.. maka nampak laa berjuta sotong berada ditengah2 air dan sedikit di permukaan. apa lagi.. rezeki kami. malam tu sampai ke pagi kami dapat 270 kilo sotong. (seingat kawe).Satu candat dapat menggena 2 atau 3 ekor sotong sekaligus. Itu pun kami rasa bot yang dilabuhkan itu tidak tepat diatas telor sebenar.






ARTIKEL LENGKAP
KAEDAH DAN CARA-CARA MENCANDAT SOTONG DI PERAIRAN MALAYSIA



